Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah
Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah berbicara ketika masih
bayi kecuali tiga orang, di antaranya: Isa bin Maryam dan seorang bayi yang ada
pada zaman Juraij.
Juraij adalah seorang laki-laki ahli
Ibadah, dia membangun sendiri tempat ibadahnya. Ceritanya, pada suatu hari di
saat ia sedang solat ibunya memanggil, 'Wahai Juraij.' Juraij berkata, 'Ya
Rabbi, apakah akan saya jawab panggilan ibuku atau aku meneruskan solatku?'
Juraij meneruskan solatnya. Lalu ibunya pergi.
Keesokan harinya, Ibu Juraij datang
ketika ia sedang solat lagi. Sang Ibu memanggil, 'Wahai Juraij!' Juraij
mengadukan kepada Allah, 'Ya Rabbi, aku memenuhi panggilan ibuku atau
meneruskan solatku?' Ia meneruskan solatnya. Lalu ibunya pergi meninggalkan
Juraij.
Pada pagi hari Ibu Juraij datang
lagi, ketika itu Juraij sedang solat. Sang Ibu memanggil, 'Wahai Juraij!'
Juraij berkata, 'Ya Rabbi, aku memenuhi panggilan ibuku terlebih dahulu atau
meneruskan solatku?' Tetapi Juraij meneruskan solatnya.
Lalu Ibu Juraij bersumpah, 'Ya
Allah, janganlah Engkau matikan dia, sehingga ia melihat pelacur!'
Orang-orang Bani Israil
menyebut-nyebut ketekunan ibadah Juraij.
Dan tersebutlah dari mereka seorang
pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan
memberinya fitnah.'
Perempuan tersebut lalu mendatangi
Juraij dan menggodanya. Tetapi Juraij tidak memperdulikannya. Lalu pelacur
tersebut mendatangi seorang penggembala yang sedang berteduh di dekat tempat
ibadah Juraij. Akhirnya ia berzina dan hamil.
Tatkala ia melahirkan seorang bayi.
Orang-orang bertanya, 'Bayi ini hasil perbuatan siapa?' Pelacur itu menjawab,
'Juraij'. Maka mereka mendatangi Juraij dan memaksanya keluar dari tempat
ibadahnya. Selanjutnya mereka memukuli Juraij, mencaci maki dan merobohkan
tempat ibadahnya.
Juraij bertanya, 'Ada apa ini,
mengapa kalian perlakukan aku seperti ini?.' Mereka menjawab, 'Engkau telah
berzina dengan pelacur ini, sehingga ia melahirkan seorang bayi.' Ia bertanya,
'Di mana sekarang bayi itu?' Kemudian mereka datang membawa bayi tersebut.
Juraij berkata, 'Berilah aku
kesempatan untuk mengerjakan solat!' Lalu Juraij solat. Selesai solat Juraij
menghampiri sang bayi lalu mencoleknya di perutnya seraya bertanya, 'Wahai
bayi, siapakah ayahmu?' Sang bayi menjawab, 'Ayahku adalah seorang
penggembala.'
Serta merta orang-orang pun berhambur,
menciumi dan meminta maaf kepada Juraij. Mereka berkata, 'Kami akan membangun
kembali tempat ibadah untukmu dari emas!' Juraij menjawab, 'Jangan! Cukup dari
tanah saja sebagaimana semula.' Mereka lalu membangun tempat ibadah sebagaimana
yang dikehendaki Juraij.
Ketika ibu si bayi memangku anaknya
untuk disusui, tiba-tiba dating seorang lelaki menunggang kuda yang gagah dan
tampan rupa. Maka ibu itu berdoa, 'Ya Allah, jadikanlah anakku seperti dia.'
Tiba-tiba bayi itu melepaskan susu ibunya dan menghadap kepada penunggang kuda
tersebut seraya berkata, 'Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.' Lalu ia
kembali lagi ke ibunya dan melanjutkan hisapan susunya."
Abu Hurairah berkata,
"Seakan-akan aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam meniru
gerakan si bayi dan meletakkan jari telunjuknya di mulut lalu mengisapnya.
Lalu datang serombongan orang
membawa wanita hamba sahaya yang sedang dipukul. Mereka menuduh, 'Kamu telah
berzina, kamu telah mencuri!' Sementara hamba sahaya perempuan itu berkata,
'Cukuplah Allah sebagai Pelindungku!'
Melihat kejadian ini, sang Ibu
berdoa, 'Ya Allah, jangan jadikan anakku seperti dia.' Maka bayi itu
meninggalkan susu ibunya dan melihat ke tempat wanita hamba sahaya tersebut
sambil berdoa, 'Ya Allah jadikanlah aku seperti dia.'
Dan pembicaraan itu berulang. Sang
ibu berkata kepada anaknya, 'Di belakangku berlalu seorang penunggang kuda yang
gagah dan tampan, lalu aku berkata, 'Ya Allah, jadikan anakku seperti dia.'
Lantas engkau berkata, 'Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.' Lalu berlalu
di hadapanku, wanita hamba sahaya dan mereka memukulinya serta mengatakan
bahawa ia telah berzina, ia telah mencuri! Melihat hal ini, aku berdoa, 'Ya
Allah, jangan jadikan anakku seperti dia.' Lalu engkau berkata, 'Ya Allah,
jadikan aku seperti dia.'
Maka bayi itu menerangkan kepada
ibunya, 'Wahai Ibu, sesungguhnya penunggang kuda yang tampan itu adalah orang
yang sangat sombong. Maka aku berdoa, 'Ya Allah, jangan jadikan aku seperti
dia!' Sedangkan terhadap hamba sahaya wanita itu, yang orang-orang berkata,
'Kamu berzina, padahal dia tidak berzina, kamu mencuri padahal dia tidak
mencuri.' Maka, aku berdoa, 'Ya Allah jadikanlah aku seperti dia'." [1]
Pelajaran Yang Dapat Dipetik:
1. Kewajiban birrul walidain (berbakti
kepada kedua orang tua) terutama ibu, dan bahawasanya jika ia menyumpahi
anaknya maka akan dikabulkan.
2. Allah menyelamatkan seseorang
dengan ketakwaan dan keshalihannya.
3. Jika suatu urusan nampak tumpang
tindih, hendaknya mengutamakan yang terpenting kemudian yang penting.
4. Disunnahkan berwudhu terlebih
dahulu sebelum berdoa untuk hal-hal yang genting.
5. Wudhu sudah dikenal umat dan
disyariatkan sebelum Nabi Muhammad.
6. Penetapan karamah para wali, yang
mampu diperoleh melalui ikhtiar atau usaha mereka.
7. Bersikap lemah lembut dan sayang
kepada murid ketika memberikan pendidikan kepadanya.
8. Orang yang memiliki kepercayaan
yang tinggi kepada Allah tidak mudah termakan fitnah.
9. Boleh melakukan ibadah yang
banyak/secara maksimal bagi yang mengetahui bahawa dirinya mampu.
10. Orang yang biasa berbuat keji
tidak akan memperoleh penghormatan.
11. Orang yang secara tiba-tiba
dilemparkan kepadanya suatu tuduhan hendaknya segera menghadap Allah dengan
solat.
12. Menjelaskan keyakinan Juraij
yang sangat tinggi begitu pula harapannya kepada Allah untuk memperoleh
pertolongan-Nya. Sehingga ketika ia meminta anak bayi berbicara, Allah
mengabulkannya. Padahal sebagaimana biasanya yang namanya bayi tentu belum
mampu bicara.
13. Sombong dan membanggakan diri
adalah perbuatan tercela, demikian pula orang yang sombong dan zalim, mereka
semua dicela.
14. Orang yang dizalimi mempunyai
kedudukan dan kelebihan di sisi Allah. Jika tidak demikian tentu tidak ada
kebaikannya seorang anak yang masih menyusu ingin menjadi seorang pembantu yang
rendah hati.
15. Seseorang boleh membatalkan
solat sunnahnya manakala dipanggil orang tuanya untuk melakukan sesuatu yang
syar'i.
16. Tidak boleh cepat mempercayai
suatu tuduhan tanpa bukti.
_______________
[1] HR. al-Bukhari, 3436; Muslim,
2550.
[Sumber: Sittuna Qishshah Rawaha
an-Nabi wash Shahabah al-Kiram, Muhammad bin Hamid Abdul Wahab, edisi bahasa
Indonesia: "61 KISAH PENGANTAR TIDUR Diriwayatkan Secara Shahih dari
Rasulullah dan Para Sahabat"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar